Habib Umar Bin Hafiz Visit 2016

Alhamdullilah, Wasyukurilla...

Alallamah Habib Umar Bin Muhammad bin Salim bin Hafiz..Ulama' dari Hadramawt, Yaman, telah sampai ke Singapura hari ini....
Hati ini telah niat hendak pergi ke Masjid Sultan untuk majlis utamanya...
namun Tuhan lebih mengetahui.... 
Allah....
Diri ini....Tidak diizinkan kerana datangnya Haidh. 
Badan juga rasa letih setelah hampir 2 minggu bermula kerja di pejabat pada jam 7 pagi. 

Alhamdullilah juga diri ini beruntung dapat habis kerja jam 4 petang, sesuai sangat untuk hadir Tausiyah oleh Hubabah Nur, isteri kepada Habib Umar. 
Acara bermula jam 5 petang tadi di Madrasah Aljunied Al Islamiah berdekatan dengan Masjid Sultan. 

Alhamdullilah, Adik bersama Ummi pada waktu itu.....itulah yang buat Ummi syukur sangat. 

Inilah sedikit dari Tausiyah Hubabah Nur yang dapat diri ini menulis tadi: 

b-ismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīmi بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ "In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful".

1. Banyaklah berselawat pada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. 
Jikalau kita berselawat pada Baginda Muhammad صلى الله عليه وسلم
1000 x kali, maka ALLAH akan padang pada kita pada hati kita. Dan jikalau ALLAH pandang kita, diri kita tidak akan diazab kan. Diri ini akan dibersihkan dari penyakit hati seperti hasad dan dengki. 

2. Penyakit hati seperti maksiat menjadi titik hitam di hati ini. Baginda Rasullulah صلى الله عليه وسلم pernah berkata hati ini kechil dari setengah jari. Jika hati ini baik, maka badan kita akan sihat. 

3. Hati ini selalu Berbolak Balik. Maka berdoa lah pada tahiyat ahkir doa ini 

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ ~“Yaa muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘ala diinik”~ Wahai Zat yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu


4. Hati ini cepat dipengaruhi. Lebih cepat dari air yang mendidih apabila ia direbus dengan api. Maka berdoa lah pada ALLAH untuk selamat kan hati ini. ALLAH berkata, berdoa lah pada ku, nescaya aku akan menjawab nya. 

5. Hadirkan hati ini apabila solah. Kusyuk dan fahamkan bahasa dalam solat kita. 

6. Neraka Jahanam buat orang orang yang melakukan maksiat dan untuk orang orang kafir. Didalamnya, api menyala dari kebakarang api dan manusia. Ia dijaga oleh malaikat yang besar dan kuat. 

7. Bacalah surah Alfateha 100 X kali untuk dikabul hajat Dunia dan Akhirat. 

8. Di dalam Neraka Jahannam, Baginda Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم pernah terlihat orang orang yang diketuknya kepalanya dengan batu, kepalanya hancur, lalu, ditumbuhnya kembali dan diketuk lagi. Kata Jibril a.s, itulah orang yang berat untuk solat subuh. Nabi Muhammad menangis ketika melihatnya itu. 

9. Baginda Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم juga lihat wanita wanita yang rambutya digantung. Kata Jibrail a.s., itulah wanita wanita yang menunjjukan rambutnya dan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya. 

10. Jagalah keluarga kalian dari api neraka. Ajaklah keluargamu, anak2mu kepada kebaikan. Seorang wanita juga akan ditanya apa yang telah ia lakukan untuk mendidik keluarga nya.

11. Rumah yang ada orang bercampur lelaki perempuan yang bukan muhrim, bergaul dengan bebas, maka penduduknya telah menempah tempat di Neraka.


12. Allah sembunyikan 3 perkara dalam 3 perkara. 

Taat dalam Ketaatan 

Murkanya dalam maksiat

Rahsianya dalam makhluknya.

Kita tidak boleh menilai manusia. 

13. Jangananlah kita bersangka buruk terhadap manusia kerana itulah sesuatu dosa. ALLAH telah berkata semua anggota kita akan dipersoalkan suatu hari nanti, termasuk hati kita ini 

14. Hubabbah bercerita tentang nabi Isa, waliAllah Hawarri dan seorang Fasik. 
Janganlah kita bersangka buruk tentang orang orang Fasik, kerana, Suul Zhon itu sesuatu dosa. 


15. Hubabah Nur juga ceritakan tengtang hamba wanita yang berkerja di rumah Baginda Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم
Dia ialah wanita yang banyak berbuat dosa, tetapi kerana dia bersedekah setengah biji kurma nya kepada orang yang tidak ada makan, maka ALLAH mengampunkan dosa dosa nya. 

16. Nangislah wahai manusia kerana takut pada ALLAH. Setitik air mata yang keluar kerana takut pada ALLAH lebih baik dari orang yang telah menderma wang dan emas untuk kejalan ALLAH. 

Majlis akhir dengan doa and juga para Jemaah dapat bersalam dengan Hubabah. Yang buat Ummi syukur sangat ialah apa bila, Hubabah Nur mencium kepala Adik. 

Diri ini sangat berasa sebak...dan insaf juga..memikirkan segala dosa dan maksiat yang telah dilakukan.....












Comments